Home » Archive

Arkib Artikel Pada September 2010

Penjagaan Komponen Kereta »

[30 Sep 2010 |No Comment |264 views ]
Cara Menyimpan Kereta Dalam Jangka Masa Lama

Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi. Malah bagi mereka yang sering berurusan diluar negara,pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.
Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.
Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama sama ada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya.
Jika anda berhadapan situasi demikian, letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin. Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus …

Informasi Umum »

[28 Sep 2010 |No Comment |170 views ]
Kereta Pelaburan Kedua Selepas Rumah

Anda bercadang membeli kereta? Sama ada anda baru pertama kali ingin memiliki kereta atau pun mahu menukar kereta kepada yang lebih bergaya dan mahal harganya, anda hanya mempunyai 2 pilihan iaitu membeli kereta baru atau kereta terpakai.
Sebagai pembeli, anda perlu tahu kebaikan dan keburukan membeli kereta terpakai dan baru. Bagaimanapun, membeli kereta baru lebih selamat kereta masih baru dan anda tidak menghadapi masalah mekanikal sehinggalah selepas membeli dan memandunya. Bagi kenderaan baru, tidak semudah itu akan menghadapi masalah teknikal. Jarang ada yang mengeluh yang kenderaannya menghadapi masalah apabila membeli kereta …

Penjagaan Tayar »

[26 Sep 2010 |No Comment |329 views ]
9 Tips Menjaga Keselamatan Tayar

SELAIN enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga boleh mengundang masalah di jalan raya.
Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata.
Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:
1 ) Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...