Arkib Artikel Pada April 2012
Penjagaan Enjin Kereta »
Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kita. Ia adalah timing belt dan juga timing chain.
Timing Chain
Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.
Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.
Berikut adalah gambar timing chain dalam enjin. Anda boleh lihat rantai dan sprocket dalam enjin tu?
(klik gambar untuk zoom)
Timing Belt
Ia perlu …
Air Intake, Info MACC »
Untuk menggunakan MACC, cara paling senang adalah dengan memasukkannya pada tangki petrol.
TETAPI,
Tahap keberkesanannya sangat-sangat rendah. Untuk pembersihan yang maksimum, cecair pembersih karbon enjin MACC perlu dimasukkan terus ke bahagian enjin melalui air intake.
Untuk ketahui di mana lokasi air intake enjin kereta anda, boleh rujuk pada halaman Air Intake.
Selepas anda ketahui di mana hendak masukkan cecair MACC tersebut, ikuti langkah-langkah penggunaan di bawah:
1. Pastikan enjin panas dan matikan air-cond.
2. Masukkan cecair pembersih karbon enjin MACC pada hos air intake. Kalau boleh masukkan sedikit demi sedikit. Jangan biarkan kuasa sedutan (vacuum suction) tersebut …
Penjagaan Sistem Brek »
Antara komponen keselamatan yang PALING penting dalam mana-mana jenis kenderaan, brek adalah yang pertama. Tidak ada gunanya jika kereta anda dilengkapi dengan 10 air bag sekalipun, tetapi brek tidak berfungsi dengan baik.
Brek berfungsi untuk memperlahan dan memberhentikan kenderaan. Tidakkah anda terfikir bagaimana daya yang kita kenakan pada pedal brek hanya sedikit, tapi boleh mencengkam tayar sekuatnya pada kelajuan 100 km/j malah lebih lagi.
Hal ini kerana sistem brek menggunakan konsep hidraulik. Dengan sistem hidraulik, daya yang sedikit mahu menghasilkan tenaga output yang tinggi. Sebab itulah hanya dengan menekal pedal secara ringan, brake pad sudah …
Kereta Sekarang, Baru & Masa Depan »
PROTON Preve, model baru yang akan dilancarkan PROTON Holdings Bhd pada 16 April lalu bakal menjadi penanda aras bagi pengeluar kereta nasional itu dalam menetapkan standard dan kualiti dalam membangunkan produk baru pada masa depan.
Selain pasaran Malaysia, Proton Preve akan dieksport ke luar negara, dengan Indonesia sebagai destinasi pertamanya pada Julai atau Ogos ini, sebelum memasuki Thailand, Australia, United Kingdom dan Asia Barat.
PROTON Preve akan mencatatkan jualan luar biasa berbanding model lain berikutan cirinya yang menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya dari segi standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan …
Kereta Sekarang, Baru & Masa Depan »
Menampilkan konsep masa depan Gen-Y yang lebih lasak. Reka bentuk lebih kurang macam Toyota Prius dengan panjang keseluruhan hampir 4 meter dan pintu belakang jenis sliding. Selain itu, kerusi hadapannya juga boleh dipusing sehingga 90 darjah.
Bila lihat betul-betul, macam design Audi R8 pun ada juga. Untuk lihat dengan lebih jelas, anda boleh zoom dengan cara klik pada gambar berikut:
Penjagaan Sistem Brek »
Brek sangat penting bagi sesebuah kenderaan. Tanpa sistem brek, pemandu F1 sendiripun tidak berani untuk memandu walaupun mereka pemandu yang handal.
Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (brake pad), saluran minyak, servo brake (objek bulat yang besar pada badan kereta), tabung minyak brek, dan pedal brek. Kesemua peralatan ini penting bagi memastikan sistem brek berfungsi dengan sempurna.
Kepada pemilik kereta yang telah menukar enjin kepada Brake HorsePower yang tinggi (kebiasaannya 25BHP dan ke atas), pastikan anda tukar sekali sistem brek original anda. Hal ini kerana enjin yang berkuasa tinggi mestilah bersesuaian …





