Artikel Dalam Kategori "Informasi Umum"
Informasi Umum »
Membeli kereta merupakan keinginan setiap orang. Tapi pastikan apa anda berhati-hati sebelum membeli kereta tersebut. Jangan terbeli kereta ‘potong’ sudah. Mungkin anda sudahpun menemui kereta yang anda hajati dan membuat keputusan untuk membelinya. Tetapi jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Anda perlu memeriksa kereta itu dengan teliti terlebih dahulu.
Ujian Visual
1. Mula-mula perhatikan sebarang kecacatan atau kesan remuk yang mungkin menunjukkan kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada masa-masa lalu.
2. Pastikan sama ada kereta itu telah dicat semula atau tidak. Untuk mengetahuinya perhatikan dibawah salut getah di sekeliling pintu. Cat baru mungkin …
Informasi Umum »
Memiliki kenderaan sendiri pasti menjadi rencana utama yang menjadi impian kebanyakan graduan yang baru sahaja menempuh alam pekerjaan. Bahkan, ramai juga yang berlumba-lumba untuk memiliki sebuah kereta import bagi memenuhi impian.
Tetapi anda harus ingat, adakalanya tempoh bayar balik kenderaan tersebut ada yang mencecah 9 tahun. Dalam tempoh itu, ia merupakan fasa penting bagi kebanyakan graduan. Pada masa itulah mereka perlu mengumpul wang sebagai persediaan untuk berkahwin, membeli rumah atau meringankan beban keluarga.
Di sini saya akan kongsikan sedikit tips bagi membantu anda untuk membuat keputusan sebelum memiliki kenderaan baru.
Bajet
Perkara penting sebelum …
Informasi Umum »
Anda bercadang membeli kereta? Sama ada anda baru pertama kali ingin memiliki kereta atau pun mahu menukar kereta kepada yang lebih bergaya dan mahal harganya, anda hanya mempunyai 2 pilihan iaitu membeli kereta baru atau kereta terpakai.
Sebagai pembeli, anda perlu tahu kebaikan dan keburukan membeli kereta terpakai dan baru. Bagaimanapun, membeli kereta baru lebih selamat kereta masih baru dan anda tidak menghadapi masalah mekanikal sehinggalah selepas membeli dan memandunya. Bagi kenderaan baru, tidak semudah itu akan menghadapi masalah teknikal. Jarang ada yang mengeluh yang kenderaannya menghadapi masalah apabila membeli kereta …
Informasi Umum »
Pengguna kenderaan bermotor akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar ke tahap paling rendah. Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol.
Jadi, penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak member kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami …





