Home » Archive

Artikel Dalam Kategori "Info Penjagaan"

Penjagaan Komponen Kereta »

[14 May 2012 |No Comment |4,567 views ]
Kereta Tenggelam Sebab Banjir? Jangan Sesekali…

Kita tidak tahu bila musibah menimpa. Yang terbaru, banjir berlaku di Kuala Dipang, Perak pada waktu malam semasa penduduk sedang tidur nyenyak. Ia berlaku disebabkan empangan yang pecah. Dah bala nak sampai, tidak kira waktu kan?
Dan kadang-kadang, kita tidak sempatpun nak selamatkan harta benda berharga. Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya, ia ditenggelami air. Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan!

Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta, JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA.
Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen …

Penjagaan Sistem Brek »

[10 May 2012 |No Comment |3,972 views ]
Periksa Pelapik Brek Setiap 6 Bulan

Setiap kereta sudah pasti mempunyai brek yang berfungsi untuk memperlahan dan memberhentikannya. Dan pelapik brek (brake pad) berbeza bagi jenis enjin. Kenapa ia berbeza? Saya dah terangkan dalam artikel tentang Sistem Brek Kereta.

Break Pad akan haus disebabkan geseran yang berlaku apabila kita membrek. Dan sudah pasti ia hendaklah ditukar apabila tiba masanya. Ada sesetengah brek ada menyediakan 1 klip aluminium yang diletakkan pada break pad. Ianya akan mengeluarkan bunyi nilu yang nyaring sebagai tanda bahawa break pad kereta anda telah haus dan perlu diganti.
Tapi ada kemungkinan juga klip aluminium ini jatuh disebabkan getaran …

Penjagaan Enjin Kereta »

[3 May 2012 |3 Comments |17,693 views ]
Kenapa Mesti Tukar Timing Belt Pada Masanya?

Sebelum ini saya ada menulis artikel tentang Apa Itu Timing Belt Dan Timing Chain dan saya ada menyatakan yang banyak komponen akan rosak sekiranya timing belt putus. Jadi di sini saya akan terangkan serba ringkas.
Untuk lebih jelas, mari kita lihat dulu fungsi timing belt. Timing belt berfungsi untuk memutarkan camshaft yang berperanan untuk membuka dan menutup valve pada ruang pembakaran tepat pada waktunya piston naik dan turun.
Jika ada belajar tentang sifat enjin semasa di sekolah, kolej atau universiti, enjin kereta mempunyai 4 lejang.

Ada 2 jenis valve:

Intake valve - valve untuk masukkan campuran …

Penjagaan Enjin Kereta »

[27 Apr 2012 |4 Comments |26,806 views ]
Apa Itu Timing Belt Dan Timing Chain

Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kita. Ia adalah timing belt dan juga timing chain.
Timing Chain
Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.
Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.
Berikut adalah gambar timing chain dalam enjin. Anda boleh lihat rantai dan sprocket dalam enjin tu?

(klik gambar untuk zoom)
Timing Belt
Ia perlu …

Penjagaan Sistem Brek »

[23 Apr 2012 |No Comment |5,914 views ]
Periksa Paras Minyak Brek

Antara komponen keselamatan yang PALING penting dalam mana-mana jenis kenderaan, brek adalah yang pertama. Tidak ada gunanya jika kereta anda dilengkapi dengan 10 air bag sekalipun, tetapi brek tidak berfungsi dengan baik.

Brek berfungsi untuk memperlahan dan memberhentikan kenderaan. Tidakkah anda terfikir bagaimana daya yang kita kenakan pada pedal brek hanya sedikit, tapi boleh mencengkam tayar sekuatnya pada kelajuan 100 km/j malah lebih lagi.
Hal ini kerana sistem brek menggunakan konsep hidraulik. Dengan sistem hidraulik, daya yang sedikit mahu menghasilkan tenaga output yang tinggi. Sebab itulah hanya dengan menekal pedal secara ringan, brake pad sudah …

Penjagaan Sistem Brek »

[17 Apr 2012 |One Comment |3,272 views ]
Sistem Brek Kereta

Brek sangat penting bagi sesebuah kenderaan. Tanpa sistem brek, pemandu F1 sendiripun tidak berani untuk memandu walaupun mereka pemandu yang handal.
Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (brake pad), saluran minyak, servo brake (objek bulat yang besar pada badan kereta), tabung minyak brek, dan pedal brek. Kesemua peralatan ini penting bagi memastikan sistem brek berfungsi dengan sempurna.
Kepada pemilik kereta yang telah menukar enjin kepada Brake HorsePower yang tinggi (kebiasaannya 25BHP dan ke atas), pastikan anda tukar sekali sistem brek original anda. Hal ini kerana enjin yang berkuasa tinggi mestilah bersesuaian …

Penjagaan Tayar »

[4 Feb 2012 |No Comment |3,161 views ]
Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku adalah:

Tekanan tayar depan yang terlalu rendah
Penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat
Kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng
Kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan
Penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini,

Mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan adakah ianya sesuai menikut jenis kereta anda.
Periksa pelinciran …

Penjagaan Tayar »

[12 Apr 2011 |No Comment |1,288 views ]
Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar

Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.
Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi …

Penjagaan Enjin Kereta »

[3 Apr 2011 |No Comment |8,052 views ]
Apa Yang Harus Diketahui Tentang Minyak Enjin

Ramai diantara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.
Pelinciran yang kerap:
Minyak pelincir mengalir turun ke takungan di bahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu juga akan menebalkan …

Penjagaan Bateri »

[28 Mar 2011 |No Comment |3,137 views ]
4 Tips Penjagaan Bateri Kereta

1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi.
Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.
2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.
Walau …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...