Artikel Dalam Kategori "Info Penjagaan"
Penjagaan Enjin Kereta »
Soalan ini selalu diajukan kepada mekanik. Kenapa ya?
Pada amnya ia melibatkan banyak faktor. Mekanik sendiri susah untuk memberi jawapan yang tepat kapada soalan tersebut kerana ia terlalu umum.
Antara jawapan yang biasa diberikan ialah kenderaan tersebut telah agak lama digunakan dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan seperti melakukan Top Overhaul. Top overhaul merupakan kaedah yang biasa dilakukan oleh mekanik yang mana bahagian ‘head’ enjin akan ditanggalkan . Karbon yang terdapat pada injap (valve) dan piston akan dibersihkan.
Dari manakah datangnya karbon ini?
Karbon ini terhasil daripada proses pembakaran yang berlaku di dalam ruang pembakaran. Karbon …
Penjagaan Enjin Kereta »
Salam sejahtera,
Dalam post pertama bagi kategori “penjagaan enjin” ini, saya malas nak cerita panjang. Saya hanya ingin menunjukkan anda bagaimana struktur dalaman bagi sesebuah enjin.
Enjin terdiri dari banyak jenis. Tidak kira walau jenis apa pun ia, piston silinder adalah merupakan bahagian penting dalam sesebuah enjin kerana kalau tiada silinder, ia bukan dipanggil “enjin”. Jadi jika kita ingin menjaga enjin, bahagian ini adalah bahagian yang amat penting untuk dititikberatkan.





