Home » Archive

Artikel Dalam Kategori "Penjagaan Enjin Kereta"

Penjagaan Enjin Kereta »

[3 May 2012 |One Comment |4,024 views ]
Kenapa Mesti Tukar Timing Belt Pada Masanya?

Sebelum ini saya ada menulis artikel tentang Apa Itu Timing Belt Dan Timing Chain dan saya ada menyatakan yang banyak komponen akan rosak sekiranya timing belt putus. Jadi di sini saya akan terangkan serba ringkas.
Untuk lebih jelas, mari kita lihat dulu fungsi timing belt. Timing belt berfungsi untuk memutarkan camshaft yang berperanan untuk membuka dan menutup valve pada ruang pembakaran tepat pada waktunya piston naik dan turun.
Jika ada belajar tentang sifat enjin semasa di sekolah, kolej atau universiti, enjin kereta mempunyai 4 lejang.

Ada 2 jenis valve:

Intake valve - valve untuk masukkan campuran …

Penjagaan Enjin Kereta »

[27 Apr 2012 |2 Comments |4,723 views ]
Apa Itu Timing Belt Dan Timing Chain

Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kita. Ia adalah timing belt dan juga timing chain.
Timing Chain
Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.
Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.
Berikut adalah gambar timing chain dalam enjin. Anda boleh lihat rantai dan sprocket dalam enjin tu?

(klik gambar untuk zoom)
Timing Belt
Ia perlu …

Penjagaan Enjin Kereta »

[3 Apr 2011 |No Comment |1,670 views ]
Apa Yang Harus Diketahui Tentang Minyak Enjin

Ramai diantara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.
Pelinciran yang kerap:
Minyak pelincir mengalir turun ke takungan di bahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu juga akan menebalkan …

Penjagaan Enjin Kereta »

[25 Feb 2011 |One Comment |1,090 views ]
Ganti Oil Filter Minyak Hitam Setiap 10,000KM

Menyelenggarakan kenderaan tidak hanya dengan terus menghantar kenderaan ke bengkel sahaja. Pemilik perlu juga mengetahui beberapa panduan untuk mengelak masalah lain timbul terhadap kenderaan. Panduan ini memberikan beberapa pendedahan kepada pemilik kenderaan dalam memilih jenis dan kualiti penapis minyak (oil filter) yang sesuai ketika menukar minyak enjin (minyak hitam).
Penapis berfungsi menjaga kualiti minyak supaya sentiasa bersih dan ditapis menerusi bahagian didalamnya. Alat berkenaan yang tidak diganti dalam jangka waktu lama boleh mengakibatkan kerosakan enjin dan menyebabkan masaalah sistem kerja komponen enjin.
Sebelum berhadapan dengan masalah yang lebih buruk terhadap kenderaan, pemilik …

Penjagaan Enjin Kereta »

[3 Dec 2010 |6 Comments |654 views ]
Minyak Masak Jadi Minyak Hitam?

Salam sejahtera pelawat sekalian. Dah lama sangat rasanya saya tidak update apa-apa artikel terbaru untuk bacaan anda. Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya sendiri sangat sibuk dengan urusan perniagaan secara offline. Baiklah, dalam artikel kali ini saya ingin menceritakan mengenai revolusi baru tentang penjagaan enjin kereta.
Pernahkan anda dengar sekarang ini minyak masak kelapa sawit telah dijadikan sebagai minyak hitam? Yup!
Ok firstly, MINYAK KELAPA SAWIT adalah minyak paling sintetik di dunia. Minyak yang anda percaya fully sintetik, semi sintetik tu sebenarnya minyak pelincir biasa saja. Yang buat dia jadi sintetik pasal …

Penjagaan Enjin Kereta »

[7 Oct 2010 |One Comment |1,513 views ]
10 Punca Enjin Jadi Panas

Apabila anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Antara puncanya ialah:

Kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas
Paip radiator tersumbat
Kekotoran pada sirip radiator
Kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk
Sistem penyalaan kurang tepat
Kerosakan pada sistem saluran petrol
Ekzos tersumbat
Masalah cekam
Brek bergesel
Dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.
Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi …

Penjagaan Enjin Kereta »

[2 Jun 2010 |No Comment |315 views ]
Kereta Anda Kurang Power?

Soalan ini selalu diajukan kepada mekanik. Kenapa ya?
Pada amnya ia melibatkan banyak faktor. Mekanik sendiri susah untuk memberi jawapan yang tepat kapada soalan tersebut kerana ia terlalu umum.
Antara jawapan yang biasa diberikan ialah kenderaan tersebut telah agak lama digunakan dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan seperti melakukan Top Overhaul. Top overhaul merupakan kaedah yang biasa dilakukan oleh mekanik yang mana bahagian ‘head’ enjin akan ditanggalkan . Karbon yang terdapat pada injap (valve) dan piston akan dibersihkan.
Dari manakah datangnya karbon ini?
Karbon ini terhasil daripada proses pembakaran yang berlaku di dalam ruang pembakaran. Karbon …

Penjagaan Enjin Kereta »

[17 May 2010 |No Comment |445 views ]
Ilustrasi Enjin Kereta

Salam sejahtera,
Dalam post pertama bagi kategori “penjagaan enjin” ini, saya malas nak cerita panjang. Saya hanya ingin menunjukkan anda bagaimana struktur dalaman bagi sesebuah enjin.

Enjin terdiri dari banyak jenis. Tidak kira walau jenis apa pun ia, piston silinder adalah merupakan bahagian penting dalam sesebuah enjin kerana kalau tiada silinder, ia bukan dipanggil “enjin”. Jadi jika kita ingin menjaga enjin, bahagian ini adalah bahagian yang amat penting untuk dititikberatkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...