Artikel Dalam Kategori "Penjagaan Tayar"
Penjagaan Tayar »
Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku adalah:
Tekanan tayar depan yang terlalu rendah
Penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat
Kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng
Kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan
Penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini,
Mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan adakah ianya sesuai menikut jenis kereta anda.
Periksa pelinciran …
Penjagaan Tayar »
Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.
Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi …
Penjagaan Tayar »
SELAIN enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga boleh mengundang masalah di jalan raya.
Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata.
Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:
1 ) Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. …





