Home » Kereta Sekarang, Baru & Masa Depan
Pelancaran Proton Preve (Gambar)
[ 20 Apr 2012 | No Comment | 217 views ]

PROTON Preve, model baru yang akan dilancarkan PROTON Holdings Bhd pada 16 April lalu bakal menjadi penanda aras bagi pengeluar kereta nasional itu dalam menetapkan standard dan kualiti dalam membangunkan produk baru pada masa depan.

Selain pasaran Malaysia, Proton Preve akan dieksport ke luar negara, dengan Indonesia sebagai destinasi pertamanya pada Julai atau Ogos ini, sebelum memasuki Thailand, Australia, United Kingdom dan Asia Barat.

PROTON Preve akan mencatatkan jualan luar biasa berbanding model lain berikutan cirinya yang menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya dari segi standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).

Lazimnya, kebiasaan kereta sekarang hanya mempunyai 2 beg udara (air bag) sahaja seperti Toyota Vios dan Honda City. Proton Preve menggunakan enjin CFE 1.6 Liter.

- Klik pada gambar di atas untuk zoom -

Selain ciri keselamatan, model itu juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini serba lengkap, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahu pun utiliti. PROTON Preve akan ditawarkan pada harga RM62,000 seunit bagi versi standard, RM65,000 bagi versi sederhana dan RM75,000 seunit bagi versi premium.

Ia akan ditawarkan dalam enam pilihan warna, iaitu perak, hitam, putih, coklat, merah dan biru.

Kereta yang direka serta dibangunkan sejajar keperluan perundangan dan peraturan automotif global itu juga bakal memperbetulkan persepsi serta pandangan negatif umum terhadap spesifikasi dan kualiti kereta keluaran PROTON Holdings sebelum ini.

Setakat ini, PROTON Holdings telah menerima 1,000 unit tempahan bagi model Preve sejak mula ditampilkan secara ‘teaser’ pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu.

- Klik pada gambar di bawah untuk zoom -

               

p/s – Admin terpikat dengan Proton Tuah! Bila la nak keluar ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Tags: , , ,

Leave a Reply