Home » Kereta Sekarang, Baru & Masa Depan
Perodua Viva VS Perodua Myvi
[ 2 May 2012 | 2 Comments | 12,759 views ]

Jika anda berniat untuk membeli kereta sama ada Perodua Viva atau Perodua Myvi, saya akan bantu anda buat perbandingan sebelum anda buat keputusan untuk membelinya.

Saya cadangkan ambil kereta Myvi. Jangan ambil Myvi 1.0, tapi ambil Myvi 1.3. Myvi 1.0 sama sahaja dengan Viva 1.0 (CC Viva paling tinggi adalah 1.0 Liter)

Viva/Myvi 1.0 hanya mempunyai 3 silinder sahaja dan Myvi 1.3 mempunyai 4 silinder. Enjin 3 silinder dan enjin 4 silinder (1.3) banyak perbezaannya.

Enjin 3 Silinder

Sifat semula jadi enjin tu agak bergegar. Itu memang tidak dapat dielak atas faktor sains iaitu makin sikit silinder, makin kuat gegaran pada enjin. Jadi, ia akan mengakibatkan mounting iaitu pengikat pada enjin tersebut cepat haus.

Contoh model Perodua yang pakai enjin 3 silinder adalah Kancil, Kelisa, Kenari, Viva dan Myvi 1.0. Hanya Kembara dan Myvi 1.3 sahaja yg mempunyai 4 silinder.

Perlu diingat, mounting untuk kereta-kereta keluaran perodua bukannya murah. Gegaran pada enjin 3 silinder bertambah teruk jika kereta tersebut adalah bertransmisi automatik (gear auto).

Perbandingan Viva Dan Myvi

Penggunaan petrol:

1.0 = kelajuan bawah 100 km/h lebih jimat dari 1.3.

1.3 = kelajuan lebih 100 km/h lebih jimat dari 1.0.

Kalau pandu perlahan, Viva lebih jimat. Kalau pandu laju, Myvi lebih jimat.

Belting pada enjin:

1.0 = pakai timing belt, kene tukar setiap 80,000 km – 100,000 km.

1.3 = pakai timing chain, boleh bertahan sehingga 400,000 km atau 15 tahun.

Baca Apa Itu Timing Belt Dan Timing Chain untuk info lanjut.

Handling:

Kedua-duanya sama sahaja. Apabila pandu laju rasa mcm bawak sampan. Tiada apa yg menarik tentang handling untuk kedua-dua model ni.

Maintenance:

Lebih kurang sama sahaja. Dan untuk peringatan, spare part perodua bukannya murah. Tetapi barang-barangnya tahan lama. Pastikan beli yg original.

Keselamatan:

Myvi lebih rasa selamat berbanding Viva kerana body Viva terlalu nipis.

Jadi fikirlah baik-baik, kereta mana yang menepati dengan jiwa pemanduan anda. Pastikan anda membuat pilihan yang tepat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Tags: , , , , ,

Reader's Comments

  1. ahmad says:

    saya ada myvi dan viva..bab petrol, viva lg jimat dr myvi…ini fakta..

  2. meowhaze says:

    sy pengguna tegar viva. viva mmg jimat minyak dan sesuai utk pengguna yg suka drive sempoi2 xsuka laju2 sgt. perempuan utk bwk kereta ni sbb lebih praktikal. saiz kecil, power stereng dan yg paling penting jimat minyak.


Leave a Reply