Home » Penjagaan Enjin Kereta
Apa Itu Timing Belt Dan Timing Chain
[ 27 Apr 2012 | 4 Comments | 24,451 views ]

Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kita. Ia adalah timing belt dan juga timing chain.

Timing Chain

Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.

Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.

Berikut adalah gambar timing chain dalam enjin. Anda boleh lihat rantai dan sprocket dalam enjin tu?

(klik gambar untuk zoom)

Timing Belt

Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal. Jika anda menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.

Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.

Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak. Saya ada cerita secara lanjut di sini.

Jadi pastikan ada tukar timing belt tepat pada masanya. Berikut adalah gambar timing belt yang terletak di luar enjin:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Tags: , , , ,

Reader's Comments

  1. 23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

  2. Aidil says:

    nampak gaya dah sampai masa kena tukar timing belt kereta saya ni. tq untuk info.


Leave a Reply